PTG Kedah bayar pampasan ikut harga semasa kepada lapan pesawah

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Pentadbir Tanah dan Galian Negeri Kedah membayar pampasan kepada lapan pesawah mengikut harga semasa bagi pemilikan tujuh ekar (2.8 hektar) tanah di Daerah Kota Star 14 tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri Datuk Heliliah Mohd Yusuf, Datuk Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Ramly Ali, mendapati bahawa kelewatan selama sembilan tahun bagi pentadbir tanah itu membuat pembayaran kepada pesawah-pesawah terbabit tidak boleh diterima dan bercanggah dengan Seksyen 29 Akta Pengambilan Tanah yang menetapkan agar pembayaran dibuat segera.

Mahkamah membenarkan rayuan oleh lapan pesawah itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang menolak saman mereka terhadap pentadbir tanah negeri itu.

Lapan pesawah itu terdiri lima beradik Ismail Bakar, Hussein Bakar, Halima Bakar, Siti Hawa Bakar dan Hassan Bakar serta Muhammad Hamzah, Leha Hamzah dan Hasiah Napiah, yang merupakan pemilik tanah berkenaan yang terletak dalam Mukim Teluk Chengai di Daerah Kota Star.

Di luar mahkamah, peguam mereka, V.Rajadevan, berkata harga semasa tanah itu ialah RM15 sekaki persegi berbanding RM1 sekaki persegi pada 1995. Tanah berkenaan diambil oleh pentadbir tanah dan galian Kedah pada 25 Mei 1995 dan penilaiannya pada harga RM1 sekaki persegi dibuat pada 17 Dis 1995.

Sembilan tahun kemudian, pada 24 November 2004, pentadbir tanah bertuju membayar pampasan pada harga RM1 sekaki persegi serta lapan peratus setahun bayaran lewat berjumlah RM2.3 juta.

Bagaimanapun, pesawahpesawah berkenaan enggan menerima tawaran itu kerana pada tahun 2000, beberapa lot tanah berdekatan juga milik mereka, diambil oleh pentadbir tanah pada harga RM5 sekaki persegi.

Mereka kemudian mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar bagi menuntut agar pampasan dibuat berdasarkan harga semasa tetapi tidak berjaya.

Mereka kemudian merayu ke Mahkamah Rayuan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan