Lelaki dipenjara 10 tahun kerana tikam kekasih isterinya

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang pekerja kem pembalakan menikam kekasih isterinya menggunakan sebilah pisau hingga mengakibatkan kematiannya, dua tahun lepas.

Pekerja terbabit, Johnny anak Masam, 56, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan pilihan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menikam Ha Tiong Seng, 58, dengan sebilah pisau.

Ha meninggal dunia akibat kecederaan itu ketika dihantar ke Hospital Kapit untuk rawatan.

Hakim Rhodzariah Bujang menjatuhi hukuman penjara 10 tahun terhadap Johnny, berkuat kuasa mulai 21 Mei, 2006, iaitu tarikh dia ditangkap.

Hukuman penjara mengikut seksyen itu jika disabitkan kesalahan ialah penjara 20 tahun dan pesalah juga boleh dikenakan denda.

Johnny, bapa kepada lima anak, melakukan kesalahan itu kirakira 2 petang pada hari yang sama di km12 Jalan Sungai Sam, di kem pembalakan Bawai di Kapit.

Dia menahan sebuah kenderaan 'landcruiser' yang dipandu oleh mangsa dan dalam pertengkaran yang menyusul selepas itu, dia menikam beberapa kali di dada dan belakang Ha menggunakan sebilah pisau.

Ha, seorang penyelia di kem itu, didenda RM3,000 dan RM5,000 masingmasing pada 1990 dan 1993 oleh Mahkamah Adat Iban kerana menjalin hubungan sulit dengan isteri Johnny, Sura anak Nadong.

Dalam kes berasingan, mahkamah sama menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang pekerja pembalakan berumur 29 tahun, juga atas tuduhan pilihan menyebabkan kematian.

Asis anak Along mengaku bersalah menikam rakan sekerjanya Johnny Belare Ding, 28, dengan sebilah pisau pada 26 November 2007 kira-kira 9.30 malam di kuarters pekerja di kem pembalakan Penyuan Stamping di Belaga, daerah Kapit.

Ding yang pada mulanya dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Asap, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sibu. Asis ditahan pada hari berikutnya di kem berkenaan.

Keduadua lelaki terbabit sebelum itu minum minuman beralkohol bersama rakan yang lain sebelum mereka terlibat dalam pergaduhan berhubung sesi karaoke.

Peguam Kanan Persekutuan Fazillah Begum Abdul Ghani ketika meminta mahkamah menjatuhi hukuman berat, berkata sungguhpun Asis melakukan kesalahan buat kali pertama, hukuman berat adalah perlu bagi menyampaikan mesej kepada orang lain bahawa "jenayah membawa padah." BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan