Methaphetamine: Ibu Ying Ying dibebaskan tanpa dipanggil bela diri - Berita Mahkamah | mStar

Methaphetamine: Ibu Ying Ying dibebaskan tanpa dipanggil bela diri

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Mahkamah Majistret Balik Pulau melepas dan membebaskan Teh Hooi Wen, ibu Shearwel Ooi Ying Ying, kanakkanak yang dipercayai dibakar selepas dibunuh, tanpa dipanggil membela diri terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis methaphetamine ke dalam badannya sendiri, dua tahun lepas.

Majistret Norhayati Johar mengeluarkan perintah itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Keputusan itu dibuat setelah mahkamah mendengar keterangan tiga saksi yang dikemukakan pada perbicaraan penuh di akhir kes pendakwaan hari ini.

Teh, 29, dituduh memasukkan dadah jenis methaphetamine ke dalam badan sendiri kirakira 1.30 pagi pada 9 Julai 2007 di Balai Polis Bayan Lepas dan kesalahan itu didakwa dilakukan menurut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis.

Pada perbicaraan hari ini, tiga saksi yang memberi keterangan ialah pegawai operasi Cif Insp Mohd Khalid Mohd Yahaya, anggota polis wanita yang mengiringi Teh ke bilik air semasa mengambil sampel air kencingnya, Kpl Janariah Ismail dan Pegawai Penyiasat kes itu, Insp Suhaimi Hamzah.

Dalam hujahannya, peguam tertuduh R.S.N.Rayer berkata terdapat percanggahan fakta yang jelas dalam keterangan saksi terutamanya berhubung ujian air kencing tertuduh.

Katanya berdasarkan keterangan saksi pertama, Teh didapati positif tiga jenis dadah iaitu kanabis, methaphetamine dan ammethaphetamine tetapi dia dituduh bagi methaphetamine sahaja.

Beliau berkata terdapat kekeliruan berikutan sampel air kencing yang diambil daripada tertuduh dan kekasihnya, Ong Chee Leong, 29, yang telah meninggal dunia tidak dilabelkan dan ini menimbulkan keraguan.

Selain itu, katanya tiada bukti penerimaan sampel air kencing Teh dan Ong oleh Jabatan Patologi Hospital Pulau Pinang untuk tujuan ujian dan ini menimbulkan keraguan terhadap keputusan ujian itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Jiun Jiang. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan