Mahkamah riuh dengan tangisan keluarga tertuduh

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suasana di Mahkamah Tinggi di sini hari ini riuh dengan tangisan ahli keluarga kepada empat sahabat yang sebelum ini didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam dua tahun lepas.

Walaupun terlepas dari tali gantung atas tuduhan pindaan, ahli keluarga tertuduh tidak dapat menahan tangsian kerana salah seorang daripada mereka terpaksa merengkuk lebih lama di penjara berbanding rakan-rakannya.

Hakim Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Wong Wai Pin manakala Wong Meng Hoi, Leong Wai Lun, kesemuanya berusia 21 tahun dan Tan Kean Poh, 20, dikenakan hukuman penjara tiga tahun.

Mereka, yang mengaku salah atas tuduhan pilihan, diperintah menjalani hukuman itu bermula tarikh tangkapan iaitu Wai Pin dan Meng Hoi pada 20 Feb 2007 manakala Leong dan Tan pada 22 Feb 2007.

Mereka didakwa menyebabkan kematian Lim Boon Lee, 34, di tangga rumah kedai No. 28C, Jalan Loke Yew, di sini, kira-kira pukul 3.15 pagi pada 15 Feb 2007.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Dalam penghakiman, Zainal Azman berkata berdasarkan laporan akhlak, kesemua tertuduh perlu diberi peluang untuk berubah menjadi insan yang berguna.

"Saya dapati mereka telah insaf. Ada yang mengambil pelbagai kursus semasa di penjara termasuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malah tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

"Saya percaya memenjarakan mereka dengan tempoh yang lama tidak berupaya menginsafkan mereka. Apa yang berlaku (peristiwa kematian) akan mereka kenang seumur hidup mereka," katanya.

Terdahulu itu, ketika rayuan, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili kesemua tertuduh, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara minimum dan menimbang faktor keakraban tertuduh dengan ahli keluarga.

Katanya keluarga tertuduh sentiasa memberi sokongan dan berharap anak masingmasing diberi peluang kedua.

Timbalan Pendakwa Raya Husmin Hussin pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada golongan muda yang lain untuk menghargai nilai kehidupan orang lain.

Kes ini mula dibicarakan pada Mac lalu dan tuduhan dipinda pada 5 Mei lalu setelah pihak pendakwaan memanggil tiga orang saksi. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan