Reman anggota PKPM disambung hingga Isnin

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perintah tahanan reman enam lelaki termasuk ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) yang berakhir hari ini disambung empat hari lagi hingga Isnin ini.

Perintah reman terhadap kesemua lelaki berumur antara 40 dan 60 itu dikeluarkan oleh Majistret Nordiana Abd Aziz.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret di sini pada Selasa lepas membenarkan reman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada 15 Jun lepas, seramai 42 lelaki termasuk enam orang kanan PKPM ditahan setelah dikesan terlibat dalam cubaan menghidupkan semula pertubuhan haram itu yang pernah dilumpuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) enam tahun lalu.

Antara yang ditahan ialah peneraju PKPM, Nor Azami Ahmad Ghazali serta 36 bakal anggota baru yang hendak direkrut berumur dalam lingkungan 20an hingga 40an di sebuah premis di Taman Gombak Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, 36 rekrut yang turut ditahan itu dibebaskan selepas diambil keterangan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan