Dua pemuda terlepas tali gantung kerana edar dadah

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemuda terlepas tali gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mendapati tidak ada bukti kukuh untuk menyabitkan mereka dengan kesalahan mengedar dadah, dua tahun lalu.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan jurujual Muhammad Hasanan Shafie, 21 daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,930 gram setelah berpuas hati bahawa tiada kes prima facie berjaya diwujudkan terhadap tertuduh, sama ada bagi kesalahan memiliki, mahu pun mengedar dadah.

"Dalam kes ini, fakta bahawa tertuduh menunggang motosikal berseorangan dan dadah dijumpai disorok di bawah jaket dalam bakul motosikal adalah tidak mencukupi untuk mahkamah ini membuat anggapan bahawa dadah tersebut adalah dalam milikan tertuduh.

"Malah terdapat bukti menunjukkan bahawa jaket itu bukan kepunyaan tertuduh sebaliknya milik orang lain yang telah pun meninggal dunia. Motosikal itu juga bukanlah kepunyaan tertuduh," kata beliau ketika membacakan keputusannya di akhir kes pendakwaan.

Seorang lagi tertuduh, Zulkarani Zulkifly, 24, juga terselamat daripada tali gantung setelah mahkamah meminda pertuduhannya daripada kesalahan mengedar dadah, yang membawa hukuman mati, kepada kesalahan memiliki dadah, di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya.

Bagi kesalahan memiliki dadah jenis kanabis seberat 3,724 gram itu, Zulkarani, seorang penyembur cat kereta, dihukum penjara 13 tahun, bermula tarikh tangkapan pada 5 Ogos, 2007, dan 10 kali sebatan.

"Dalam kes ini, tiada bukti mencukupi bagi mahkamah untuk membuat anggapan tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa plastik beg berwarna jingga dalam bakul motosikal yang dipandu tertuduh itu mengandungi dadah.

"Sebelum mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri terhadap tuduhan mengedar dadah, pihak pendakwaan perlulah menunjukkan bukti bahawa tertuduh mengedar dadah itu, yang mana pendakwaan telah gagal membuktikannya," kata Hakim itu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pintu masuk rumah keluarga angkatan tentera, Kem Batu Kentomen, Sentul di sini pada pukul 11.15 malam, 15 Ogos, 2007.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Yaacub Chik sementara Muhammad Hasanan diwakili peguam bela Rajinder Singh dan Zulkarani diwakili Ameenuddin Mohd Ibrahim. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan