Bekas pengarah syarikat pelaburan didakwa kemuka penyata palsu - Berita Mahkamah | mStar

Bekas pengarah syarikat pelaburan didakwa kemuka penyata palsu

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah syarikat pelaburan, Enterprise Space Integrated City, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan mengemukakan penyata palsu dalam urusan saham, Julai tahun lepas.

S. Satjitananda, 59, didakwa mengemukakan penyata palsu berkaitan dengan pembahagian saham yang diperuntukkan dalam syarikat itu iaitu sejumlah 3,499,998 unit saham melalui borang 24 bertarikh 15 Julai 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Paras 6, Menara City One, No. 3, Jalan Munshi Abdullah, di antara 15 Julai hingga 8 September 2008, mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Satjitananda juga didakwa telah bertindak tanpa munasabah dalam melepaskan tanggungjawabnya sebagai pengarah syarikat itu dengan membuat jumlah pembahagian unit saham itu kepada Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar, tanpa kebenaran ahli lembaga lain syarikat itu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 132(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya.

Hakim S.M Komathy Suppiah membenarkan Satjitananda diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melaporkan diri di balai polis Brickfields sebulan sekali. Mahkamah menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia Rezy Izwan Ramly. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan