Syarikat pembinaan curi air Syabas didenda RM10, 000

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebuah syarikat pembinaan didenda RM10,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah didapati bersalah mengambil air dari saluran utama paip milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) secara tidak sah, di Seksyen 26 di sini, empat tahun lepas.

Majistret Hafizah Abdul Rajak mengenakan denda itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap syarikat itu, CrescentWay Sdn Bhd, yang diwakili pengarahnya, Tan Yoe Huang.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan esok untuk sebutan semula kes bagi membolehkan Tan menjelaskan denda itu.

CrescentWay merupakan syarikat pertama yang disabitkan kesalahan itu selepas menjalani perbicaraan.

Syarikat itu yang menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu melakukan penyambungan paip perkhidmatan secara haram ke saluran utama paip SYABAS di tempat yang sama, bagaimanapun dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan itu setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

CrescentWay yang dihadapkan ke mahkamah pada 26 Jun 2006, dituduh melakukan keduadua kesalahan itu di premisnya di Jalan Bukit Belimbing 26/28, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini, pada 24 Mei 2005.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 38 (1)(d) dan Seksyen 38 (3) Enakmen Pembekalan Air 1997 Negeri Selangor yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil empat saksi untuk memberi keterangan sementara pihak pembelaan yang diwakili peguam Chandran Nair memanggil tiga saksi.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS, Abdul Halem Mat Som dalam satu kenyataan di sini berkata, kes itu diketengahkan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak terutama syarikat agar tidak melakukan kesalahan yang sama kerana SYABAS tidak akan teragak-agak untuk meminta kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil tindakan pendakwaan ke atas pesalah yang dikenal pasti.

Beliau berkata kegiatan itu meninggalkan kesan negatif terutama di kawasan persekitaran seperti tekanan air rendah, menyumbang kepada peningkatan kehilangan air tanpa hasil (NRW), gangguan kualiti air dan pembaziran air.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna air, sama ada individu mahupun syarikat yang masih gagal mendaftar secara sah dengan SYABAS dan juga kepada penggunapengguna yang masih mengambil air secara haram dari paip-paip milik SYABAS," katanya.

Abdul Halem turut meminta kerjasama orang ramai yang melihat kes kecurian air seperti itu dengan melaporkan terus kepada SYABAS melalui talian bebas tol Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di 1800885252 yang beroperasi 24 jam atau SMS ke 39222 dengan menaip: PUSPEL. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan