Kontraktor didakwa kurung pengurus kilang plastik

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengurung seorang pengurus kilang plastik yang mayatnya ditemui dalam keadaan hancur di landasan komuter di Padang Jawa di sini tahun lepas.

Tertuduh S. Raghavan, 38, meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Gan Chee Keong.

Dia didakwa bersama dua lagi yang masih bebas mengurung T. Thandapani, 51, dengan tujuan memaksa anak mangsa, T. Hariharan, 18, membayar RM10,000 di premis No.861, Kampung Sungai Rasa di sini, pada pukul 12.31 tengah malam, 25 Mei 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 347 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Gan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Noorbaya Jamil.

Sebelum ini, laporan akhbar menyebut Thandapani pada awalnya dilaporkan diculik di depan rumahnya di Taman Chi Liung, di sini, pada 25 Mei tahun lepas.

Bagaimanapun, kes itu terbongkar pada hari berikutnya apabila orang ramai menemui sebelah kaki mangsa digonggong anjing dan kemudian polis menemui cebisan mayatnya bertaburan di sepanjang landasan komuter di Padang Jawa di sini.

Polis mengenal pasti identiti mangsa menerusi cap jari, pakaian mangsa serta proses pengecaman oleh keluarga mangsa. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan