Dua bekas Exco Perak tidak tahu projek pembangunan di Seri Iskandar - Saksi

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu dua bekas Exco Perak iaitu Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) tidak tahu mengenai projek pembangunan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, Perak Tengah.

Setiausaha Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Borhan Abdul Halim berkata ini kerana kertas kerja projek pembangunan itu masih belum diberi kelulusan di peringkat MDPT selain belum dibawa ke mesyuarat mingguan Exco Negeri Perak untuk keputusan.

"Setakat ini tidak ada apaapa perkembangan cadangan projek pembangunan tersebut, sama seperti sebelumnya," kata saksi ketiga pendakwaaan itu kepada soalan peguam yang mewakili Mohd Osman dan Jamaluddin, Abdul Roni Rahman pada hari kedua perbicaraan kes rasuah membabitkan dua bekas Exco berkenaan dan empat yang lain.

Bagaimanapun ketika disoal balas pada perbicaraan sesi petang oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Borhan, 50, menjelaskan kenyataannya itu berasaskan kepada andaian bahawa keduadua bekas Exco itu tidak pernah berurusan dengan beliau berhubung projek pembangunan berkenaan.

"Selaku Setiausaha MDPT, saya andaikan melalui rekodrekod yang ada di MDPT, keduadua Yang Berhormat tiada apaapa hubungan dengan projek itu. Secara peribadi, saya tidak dapat sahkan apaapa," katanya.

Borhan turut bersetuju dengan saranan Mohd Jazamuddin bahawa walaupun bekas Adun Bota daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Usaili Alias dan bekas Ahli Majlis MDPT Zul Hassan tidak boleh meluluskan apaapa projek untuk manamana syarikat namun keduadua mereka boleh mengemukakan sebarang cadangan projek pembangunan kepada MDPT untuk pertimbangan.

Terdahulu ketika menjawab soalan Mohd Jazamuddin pada perbicaraan sesi pagi, Borhan berkata Usaili dan Zul yang merupakan Ahli Majlis MDPT ketika itu, telah menghadiri satu mesyuarat penuh majlis MDPT pada 29 Julai 2008.

Beliau berkata mesyuarat berkenaan telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada syarikat lain yang berminat selain Syarikat Sino Land Development Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan seluas 36 hektar itu yang terletak di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Menurut Borhan, selepas mesyuarat tersebut Usaili telah datang menemuinya untuk mendapatkan pelan tanah projek pembangunan berkenaan dan beliau telah menyerahkan pelan seperti yang diminta oleh Usaili.

Bagaimanapun Borhan mengesahkan tidak mempunyai bukti pelan tanah projek pembangunan telah diberi kepada Usaili apabila disoal peguam bela Surjan Singh.

Mohd Osman, 58, Jamaluddin, 53, Usaili, 57; Zul, 46 dan juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Ruslan Sahat, 47; didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini, dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lepas.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam, 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.

Tertuduh keenam, ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lepas untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

Ruslan diwakili peguam Surjan Singh dan Yunos Ali; Usaili diwakili Ting Chek Meng dan Ranjit Singh; peguam S. Muthu dan Mohd Asri Othman masingmasing mewakili Zul dan Fairul Azrim manakala Mohammad Jazamuddin dibantu oleh Nafhatun Mohd Pozi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh disambung pada 28 dan 29 Sept ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan