Bapa pelajar mati akibat kejutan elektrik di Taman KLCC fail saman RM5 juta

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bapa kepada seorang pelajar yang mati akibat renjatan elektrik di Taman KLCC pada malam tahun baru lalu, memfailkan saman menuntut lebih RM5 juta daripada syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara taman itu.

Abdul Basek Md Isa, 42, seorang juruteknik, memfailkan writ saman itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tingggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini melalui Tetuan Azly & Co pada 10 pagi tadi dengan menamakan syarikat KLCC Urusharta Sdn Bhd sebagai defendan.

Mengikut pernyataan tuntutannya, Abdul Basek berkata anak lelakinya, Mohd Failzul, 17, meninggal dunia setelah terkena renjatan elektrik pada 1 Jan lepas, ketika bersandar di tiang lampu elektrik di taman itu.

Abdul Basek mendakwa syarikat itu cuai dan lalai untuk memastikan tiang lampu elektrik di kawasan taman itu selamat dan tidak berbahaya kepada pengunjungnya.

Beliau mendakwa akibat dari kejadian itu, anggota keluarganya mengalami tekanan mental, emosi dan kesengsaraan, dan isterinya Hamisah Sulaiman, 36, seorang surirumah, sehingga kini tidak dapat menerima hakikat bahawa anak lelakinya sudah tiada.

Pasangan itu juga mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 16 tahun, hadir di mahkamah hari ini.

Abdul Basek menuntut ganti rugi khas sebanyak RM15,152, ganti rugi am sebanyak RM3,000,000, ganti rugi teladan dan teruk RM2,000,000, serta faedah, kos dan relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan