Petani didakwa minta rasuah RM4,000 bagi kelulusan permohonan tanah

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,000 untuk mendapatkan kelulusan permohonan tanah dua tahun lepas.

Wong Ah Kow, 59, didakwa meminta wang suapan itu daripada Sin Whye Cheong sebagai dorongan mendapatkan kelulusan permohonan sebidang tanah di Kampung Baru, Batu 12, Jalan Bidor, di sini dari Pejabat Tanah Hilir Perak.

Tertuduh, dari Kampung Batu 12, Jalan Bidor, di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di premis beralamat Z14, Kampung Baru, Batu 12, Jalan Bidor, di sini, pada 29 Ogos 2007.

Wong juga didakwa menerima wang suapan tersebut daripada Sin di alamat yang sama pada pukul 7.30 malam, 5 Sept 2007 atas tujuan yang sama.

Hakim Faiz Dzyauddin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 29 Julai ini.

Tertuduh diwakili oleh peguam V. Santhiran manakala pendakwaan dijalankan oleh Hamzah Mohd Aris dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan