Pengurup wang didakwa memegang wang asing melebihi had

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengurup wang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini memegang mata wang asing dalam persamaan nilai RM1,175,692.48, melebihi had dibenarkan RM250,000.

Mohamed Yabudeen Mohamed Salahudeen, 40, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu di Selangor Mansion, Jalan Masjid India, pada 2.30 ptg 21 Julai tahun lepas.

Mohamed Yabudeen, seorang pengarah ARC Money Changers Sdn Bhd, juga mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan serupa bagi pihak syarikat.

Kesalahan di bawah seksyen 29 (1) Akta Pengurupan Wang 1998 membawa hukuman denda RM50,000 jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Koomathy Suppiah membenarkan ikat jakim RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 dan 13 Okt untuk perbicaraan.

Pegawai Pendakwa Bank Negara S. Ganesan bertindak bagi pihak pendakwa sementara Mohamed Yabudeen diwakili peguam K.S. Devanathan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan