Mahkamah ketepikan 'keputusan kegagalan kuorum' kes Raja Petra

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengetepikan keputusan awalnya dalam menolak permohonan editor Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin untuk Hakim Datuk Seri S.Augustine Paul menarik diri daripada mendengar rayuan habeas corpus beliau.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dalam penghakiman bertulis bahawa ada kegagalan kuorum apabila keputusan untuk menolak permohonan Raja dibuat oleh satu panel terdiri dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

"Apabila dua anggota panel meneruskan untuk mendengar permohonan menarik diri, Seksyen 74(1) Akta Mahkamah Kehakiman (CJA) adalah melakuan kesalahan.

"Kita ketepikan keputusan panel dua anggota berkaitan permohonan untuk Augustine Paul menarik diri. Ini diikuti bahawa keputusan dan perintah lain yang dibuat seterusnya terhadap keputusan yang waswas di mana juga diketepikan," kata Malanjum dalam keputusan 10 muka yang dibacakan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin.

Pada 20 Feb, Raja Petra memfailkan satu permohonan di bawah Peraturan 137 CJA untuk semakan keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 17 Feb dalam menolak permohonannya untuk Paul menarik diri daripada mendengar kes habeas corpus atas alasan bahawa ada bahaya sebenar pilih kasih bagi Paul jika beliau bersidang mendengar rayuan tersebut oleh kerana Raja Petra sangat kritikal mengenai beliau dalam laman webnya.

Pada 17 Feb, apabila permohonan Raja Petra untuk Paul menarik diri didengar, Paul memberitahu mahkamah itu bahawa beliau tidak mahu mendengar proseding itu dan kemudian meninggalkan pendengaran tersebut.

Hakim-hakim lain terus mendengar permohonan itu walaupun bantahan daripada peguam Malik Imtiaz Sarwar, untuk Raja Petra, ia tidak berperlembagaan untuk panel berbuat demikian.

Nik Hashim, dalam menolak bantahan itu, berkata mereka diberikan kuasa untuk mendengar permohonan tersebut di bawah Seksyen 78 CJA dan menolak permohonan Raja Petra untuk penarikan diri.

Mahkamah, selepas menolak permohonan untuk tarik diri, menjemput Paul duduk dan kemudian panel tersebut menolak permohonan Raja Petra untuk mendapatkan kuorum lima atau tujuh hakim bagi mendengar rayuan itu dan dua permohonan untuk membuktikan lagi keterangan dalam kes ini.

"Persoalan dalam kes ini ialah sama ada pendengaran permohonan menarik diri oleh dua anggota panel menyalahi Seksyen 74(1) CJA.

"Perbicaraan seperti itu bertentangan dengan Seksyen 74(1) CJA yang menyatakan bahawa setiap proseding dalam Mahkamah Persekutuan hendaklah didengar dan diputuskan oleh tiga hakim atau lebih ramai bilangan tidak genap hakim," kata Malanjum bahawa Mahkamah Persekutuan telah mewarisi bidangkuasa untuk semakan keputusannya sendiri bagi mencegah ketidakadilan.

Mahkamah hari ini menetapkan satu tarikh baru untuk mendengar semula permohonan Raja Petra.

Raja Petra, 58, ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 12 Sept tahun lepas dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak.

Pada 7 Nov, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad mengeluarkan satu writ habeas corpus kepadanya bahawa penahanan di bawah Seksyen 8 akta itu tidak ada dalam skop seksyen tersebut. Menteri Dalam Negeri merayu terhadap keputusan itu.

Raja Petra juga diwakili peguam Azhar Azizan Harun, Ashok Kandiah, J.Chandra dan Neoh Hor Kee sementara timbalan pendakwa raya Tun Majid Tun Hamzah dan peguam kanan persekutuan Abdul Wahab Mohamad dan Najib Zakaria bagi Menteri Dalam Negeri. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan