Lelaki lumpuh dipenjara 15 tahun 10 sebatan miliki pil khayal

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang tertuduh yang lumpuh sebelah kanan badannya akibat serangan angin ahmar dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana memiliki 21,429 biji pil khayal yang dibawa masuk dari Perancis di KLIA lima tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Umi Kalthum Abdul Majid menjatuhkan hukuman itu setelah Tiang Wei Jun, 41, mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengarahkan agar hukuman berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 26 Sept 2004.

Tiang, bekas pekerja sebuah pusat hiburan di Sarawak, didakwa memiliki dadah jenis 3,4Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 3,233.7 gram di Pejabat Kastam Narkotik KLIA, pada 7.40 pagi 26 Sept 2004 dan dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sekurangkurangnya 10 kali sebatan.

Berdasarkan fakta kes, pihak Kastam telah menahan Tiang yang kembali dari Paris dan apabila dibuat pemeriksaan bagasi yang dibawanya, terdapat satu ruangan sulit mengandungi 21,429 pil itu tersorok di dalamnya.

Melalui representasi yang telah dibuat oleh tertuduh berdasarkan penyakitnya itu, pihak Pendakwa Raya atas dasar kemanusiaan bersetuju menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia sebelum ini menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta yang sama iaitu mengedar dadah berbahaya, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Terdahulu, peguam K.A.Ramu yang mewakili Tiang, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan tertuduh telah terpedaya dengan ajakan rakanrakan untuk membawa masuk 'ubat Cina' dari Perancis ke negara ini dengan dijanjikan upah sebanyak RM20,000.

"Dia ditangkap di KLIA dan direman di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu untuk dibicarakan. Bagaimanapun ketika dalam penjara anak guam saya diserang angin ahmar pada Disember 2007 menyebabkan dia lumpuh sebelah kanan badannya," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ezwaney Husin pula berkata tertuduh sepatutnya bersyukur kerana terlepas daripada hukuman gantung setelah Pejabat Peguam Negara menawarkan pertuduhan pilihan atas dasar perikemanusiaan dengam mengambil kira keadaan kesihatan Tiang.

Beliau berkata hukuman penjara antara 15 dan 18 tahun serta 10 kali sebatan sepatutnya dijatuhkan tertuduh kerana dadah adalah musuh utama negara dan mahkamah perlu meletakkan kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh sendiri. "Hukuman berat bukan sahaja bertujuan untuk menghukum tertuduh tetapi juga sebagai langkah pencegahan khususnya kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan yang sama dan alasan bahawa tertuduh terpedaya dengan rakan-rakannya bukan satu alasan yang boleh diambil kira oleh mahkamah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan