Penjual kuih didakwa rompak isteri jurulatih badminton

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjual kuih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan cuba merompak isteri ketua jurulatih beregu badminton negara, Rexy Mainaky.

Azhar Alias, 33, dari Keramat, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, cuba merompak Oei Po Kei, 31, seorang suri rumah, di sebuah lorong berhampiran restoran Suzie's Corner, di Ampang City di sini pada 9.30 malam 22 Mei lepas.

Azhar, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 395/544 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Hakim Muhammad Sekeri Mamat membenarkan Azhar diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Muhammad Sekeri kemudian menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan