Pengawal keselamatan dipenjara sebulan kerana curi coklat

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri 12 keping coklat dan tiga bungkusan serbuk kopi di sebuah pasar raya di sini bulan lepas.

Majistret Nazran Mohd Sham memerintahkan Bakhtiar Hassan, 53, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 17 Mei lepas.

Bakhtiar melakukan kesalahan itu di The Store, Sungai Mas, Taman Kok Lian, Sentul, pada 8.15 malam.

Dalam rayuannya Bakhtiar memohon agar mahkamah menenakan hukuman yang ringan berdasarkan faktor umurnya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syaiful Nazrin Mohd Ibrahim. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan