Penganggur hadapi tiga tuduhan bunuh

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana tuduhan membunuh seorang pembantu rumah, pengusaha salon serta kanak-kanak lelaki berusia lima tahun pada dua minggu lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Shahrael Amir Suhaimi, 26, yang berasal dari Pengkalan di sini didakwa membunuh seorang pembantu rumah warga Indonesia, Dani Miasih, 21, di alamat No. 67, Laluan Pinji Seni 4, Taman Pinji Seni di sini pada 20 Mei lepas antara pukul 2.30 dan 3 petang.

Tertuduh juga menghadapi tuduhan kedua dan ketiga iaitu membunuh seorang pengusaha salon, Wah Yah Matzi, 42, dan Mohd Ermin Danish Jafri, 5 tahun pada tempat, tarikh dan waktu yang sama.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Sebelum itu, tertuduh yang memakai kemeja berkotak kecil hijau putih dan berseluar khaki berwarna kelabu tiba di mahkamah pada pukul 10.30 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.

Suami kepada Wah Yah, Jafri Tajol Aripin, 47, serta anggota keluarga Wah Yah dan dua anak perempuannya hadir di mahkamah.

Majistret Fauziah Hani Ahmad Fuzi menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izalina Rajaai memaklumkan pihak pendakwaan memohon laporan kimia semalam dan laporan bedah siasat pada 25 Mei lepas.

Mahkamah juga menetapkan bahawa jaminan tidak akan diberikan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam pada hari ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan