Pencuci kereta dipenjara 30 bulan kerana ragut

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pencuci kereta dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas beliau mengaku bersalah meragut beg tangan dan telefon bimbit milik seorang suri rumah menyebabkan wanita itu terjatuh serta mengalami kecederaan, tiga bulan lepas.

Majistret Norkamilah Aziz memerintahkan Mohamad Zeren Hamjah, 27, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 23 Mac lepas.

Tertuduh mengaku mencuri dengan cara meragut telefon bimbit dan beg tangan milik Nor Wahi Dah Ismail, 39, yang mengandungi kad pengenalan dan wang tunai RM1,500 di Jalan Kampung Kebun, Seksyen 36 di sini, kira-kira pukul 12.55 malam pada 23 Mac lepas.

Perbuatan Mohamad Zeren menyebabkan suri rumah itu terjatuh dan mendapat kecederaan pada kedua-dua belah kakinya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduaduanya sekali. Fakta kes menyebut Nor Wahi Dah diragut ketika sedang menghubungi suaminya menggunakan telefon bimbit selepas kereta yang dinaikinya mengalami kerosakan.

Mohamad Zeren yang menunggang motosikal tibatiba muncul di tempat kejadian dan bertindak meragut telefon bimbitnya menyebabkan wanita itu serta telefon bimbitnya terjatuh.

Ketika Nor Wahi Dah bangun untuk mengambil semula telefon bimbitnya, tertuduh berpatah balik dan meragut pula beg tangan yang mengandungi dompet berisi kad pengenalan dan wang tunai RM1,500.

Dalam rayuan untuk mengurangkan hukuman, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan mengambil kira keseriusan kes itu.

"Selain kehilangan wang tunai dan barangan berharga, wanita itu turut mengalami kecederaan akibat perbuatan tertuduh. Saya pohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang mencerminkan keseriusan kesalahan itu bagi melindungi masyarakat daripada turut menjadi mangsa ragut," katanya.

Siti Syakimah turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mohamad Zeren mempunyai tiga rekod kesalahan lampau antaranya curi kereta dan dadah di antara tahun 2004 dan 2006. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan