Ibu Kugan mohon sampel bedah siasat dikembalikan

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas empat bulan kematian tahanan reman A. Kugan, ibunya N. Indra, hari ini memfailkan notis usul untuk mendapatkan kembali sampel dan dokumen hasil bedah siasat yang diambil oleh polis.

Indra, 41, seorang pekerja hotel, turut memohon supaya mahkamah membatalkan waran geledah yang dilaksanakan oleh polis di pejabat ketua Jabatan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 6 April lepas.

Wanita itu memfailkan notis usul itu melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pagi tadi dengan menamakan sebagai responden Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ASP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Ketua Polis Daerah ACP Arjunaidi Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Kugan, 22, yang diberkas kerana disyaki terlibat kes curi kereta mewah, meninggal dunia ketika berada dalam tahanan polis pada 20 Jan lepas.

Dalam afidavit sokongan, Indra berkata dia tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat pertama oleh pakar forensik di Hospital Serdang, Dr Abdul Karim Tajudin, yang menyatakan kematian Kugan berpunca daripada paruparu berair kerana dia percaya anaknya telah dipukul oleh polis berdasarkan kesan luka di badan Kugan.

Katanya dia dan ahli keluarga membuat keputusan agar bedah siasat kedua dijalankan, dan ini dilakukan di PPUM oleh pakar forensik Dr Prashant N Samberker dengan bayaran persendirian sebanyak RM2,000.

Indra berkata bedah siasat kedua yang dilakukan pada 25 Jan lalu adalah tidak lengkap dan beberapa ujian toksikologi masih perlu dilakukan di bawah pengawasan Dr Prashant, dan dia kemudiannya dinasihati menghantar beberapa sampel yang diambil dari badan Kugan ke sebuah makmal forensik di Australia untuk diuji.

Katanya pada 6 April lalu iaitu ketika proses penghantaran sampel sedang dilakukan dan Dr Prashant belum menyiapkan laporan bedah siasat, satu pasukan polis dengan waran geledah, telah melakukan pengeledahan di pejabat Dr Prashant dan mengambil kesemua sampel serta dokumen yang berkaitan Kugan.

Indra berkata pengeledahan itu salah disisi undangundang dan sehingga kini dia tidak menerima sebarang salinan waran geledah walaupun telah dipohon dengan menghantar surat ke Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada keesokannya.

"Pihak polis tiada hak untuk merampas barangbarang tersebut memandangkan bedah siasat kedua adalah bedah siasat persendirian yang diminta dan ditanggung bayaran oleh saya. Tindakan pihak polis dalam merampas barangbarang dan dokumen tersebut menyebabkan laporan bedah siasat kedua tidak dapat dihabiskan," katanya di dalam afidavit itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan