Ejen kereta didakwa miliki nota insurans palsu

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ejen kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua tuduhan termasuk memiliki nota perlindungan insurans kereta yang palsu kira-kira lima tahun lalu.

Ahmad Fuad Mohd Jafri, 43, didakwa memiliki dokumen palsu iaitu nota perlindungan Tahan Insurance Malaysia Berhad atas nama Rashidy Kamuni di tempat letak kereta, kompleks Sukan Kampung Pandan, pada pukul 5.45 petang, 1 Julai 2004.

Bagi kesalahan tersebut dia didakwa mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad Fuad didakwa menipu seorang suri rumah iaitu Badrus Shahila Sharif dengan memperdayanya bahawa nota perlindungan Tahan Insurance Malaysia Berhad yang dijualnya adalah tulen sehingga menyebabkannya wanita itu menyerahkan sekeping cek Bumiputra Commerce berjumlah RM3,943.80 kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Medan Prisma Berhad, di No. 6, Jalan Bersatu 10, Taman Bersatu, Rawang, Selangor, ada pukul 6 petang, 28 Jun 2004.

Bagi kesalahan tersebut dia didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Hakim Rozana Ali Yusoff menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hamidi Mohd Noh manakala Ahmad Fuad tidak diwakili peguam.

Di mahkamah yang sama seorang peniaga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki tujuh keping nota perlindungan insurans kereta palsu kirakira lima tahun lalu.

Sheikh Mohd Zaid Sheikh Said didakwa memiliki tujuh keping nota perlindungan Tahan Insurance Malaysia Berhad yang palsu di sebuah gerai No.18, Wangsa Maju, Setapak, pada pukul 3 petang, 2 Julai, 2004.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farhan Read manakala Sheikh Mohd Zaid tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan