Datuk didakwa rogol cucu tiri berusia 3 tahun

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang datuk hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol cucu tirinya yang berusia tiga tahun dalam satu kejadian bulan lepas.

Tertuduh Hassham Salleh, 34, dari Kampung Sungai Hala, Machang bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh kemudiannya memutuskan bahawa tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan Hassham didakwa telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun lima bulan, cucu tirinya, yang mana hubungan mereka tidak membolehkan di bawah undang-undang, agama, adat dan kebiasaan berkahwin sesama mereka.

Tertuduh yang bekerja sebagai buruh dan tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik sebuah rumah di Taman Desa Arif, Machang kirakira pukul 9 pagi.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun serta boleh dikenakan tidak kurang dari 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali sebelum itu memohon kepada mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Menurut Hamizah, mangsa yang juga merupakan cucu tirinya dipercayai tinggal bersama tertuduh dan isteri yang berusia kira-kira 40 tahun selepas kematian ibu bapa kanak-kanak itu dalam satu kemalangan jalan raya pada 2006.

"Jika jaminan diberikan kepada tertuduh, dikhuatiri tertuduh akan melakukan sesuatu terhadap mangsa yang sehingga kini masih lagi berada di bawah jagaan neneknya yang juga merupakan isteri tertuduh," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan