Tujuh askar mengaku tidak bersalah bunuh rakan

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh askar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh rakan mereka tahun lepas.

Mahazir Hamad, 25, Mohd Azman Jabril, 25, Shahrin Mat Rabu, 23, Mohd Khairi @ Mohd Khairie Abdullah, 23, Syabramallisi Shahidan, 23, Mohd Bukhari Shawal, 24, dan Mazlan Awang Ngah, 25, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Mohd Shahrizal Mohd Shafie, 23, di bilik tahanan pasukan, Unit 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Tentera Sungai Besi, di sini.

Kesemua mereka dituduh bersama-sama melakukan kesalahan itu di antara pukul 11 malam 5 April hingga pukul 1 petang 6 April 2008.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan kes itu. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin manakala Mahazir, Shahrin, Mohd Khairi dan Syabramallisi diwakili peguam Fitzgerald Jk Augustin.

Peguam Tharamjit Singh mewakili Mohd Azman, peguam Abdul Aziz Hamzah mewakili Mohd Bukhari manakala peguam Nor Azri Mohd Arif mewakili Mazlan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan