Sebutan semula kes pemandu bas ekspres dua tingkat pada 22 Julai

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Trafik Selayang hari ini menetapkan 22 Julai untuk sebutan semula kes pemandu bas ekspres dua tingkat yang didakwa memandu secara melulu dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Rawang pada 13 April lalu, yang mengakibatkan enam orang terbunuh.

Majistret Riny Triany Muhamad Ali menetapkan tarikh itu setelah peguambela Rajpal Singh yang mewakili Fauzi Muhamad, 33, memohon diberikan tarikh sebutan lain.

Rajpal berkata penangguhan itu bagi membolehkan dia mendapatkan dokumendokumen berkaitan kes itu yang masih belum diperolehi, bagi membantu pihaknya menghadapi perbicaraan.

Fauzi yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah, dan masih bujang didakwa melakukan kesalahan itu di KM442.9 Lebuhraya Utara Selatan, pada pukul 5 pagi, 13 April lepas.

Dia didakwa mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga RM20,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan satu lesen memandu selama tempoh tidak kurang tiga tahun dari tarikh sabitan.

Mereka yang terbunuh dalam nahas itu ialah C. Magenthiran, 26, Mohd Yusril Zakaria, 27, Mohd Zaher Mohamed, 33, Muhamad Ismail, 27, Zulkhibri Md Saad, 35, dan Muhamad Fauzi Awang, 44.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Insp Abdul Raheem Eliyas. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan