Lelaki terlepas tuduhan bunuh isteri dirujuk ke Hospital Bahagia

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LELAKI TERLEPAS TUDUHAN BUNUH ISTERI DIRUJUK KE HOSPITAL BAHAGIA KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan seorang kru sebuah syarikat penerbitan daripada tuduhan membunuh isterinya tiga tahun lalu tetapi mengarahkannya menjalani rawatan sakit jiwa di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata bahawa ketika kejadian, Mohd Azwanizam Mt Desa, yang berada dalam pengaruh dadah tidak waras serta tidak sedar dengan perbuatan itu.

Katanya tertuduh juga mengalami ganguan fikirannya dengan mendengar "suara-suara ghaib" dan dia tidak dapat mengawalnya sehinggalah berlaku kejadian pembunuhan itu.

Mohamad Zabidin berkata pihak pendakwaan juga tidak dapat mencabar kenyataan pakar psikiatri Dr Rabiah Mohd Salleh bahawa tertuduh pada waktu itu sedang berhalusinasi dan berada dalam keadaan tidak waras.

Mohd Azwanizam, 30, yang mempunyai tiga orang anak, didakwa membunuh Azmah Mohamad, 27, di rumah beralamat Blok C717, Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang antara 11.30 malam 5 Mei dan 1.15 pagi 6 Mei 2006. Mohd Azwanizam yang berada di kandang tertuduh sempat tersenyum bila mengetahui dia akan dilepaskan sambil memandang ke arah ahli keluarganya yang berada di galeri awam.

Ketika perbicaraan, Dr Rabiah, yang merawat Mohd Azwanizam di Hospital Bahagia selama dua bulan bermula 25 Ogos 2008, memberitahu mahkamah bahawa tertuduh "sering mendengar suara ghaib yang menyatakan isterinya curang, lebih baik membunuh diri sendiri dan tertuduh percaya bahawa semua orang hendak membunuhnya".

Mengikut fakta kes, Mohd Azwanizam menggunakan sebilah keris tradisional menikam dada Azmah yang ketika itu sedang memeluk seorang daripada anaknya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yaacub Chik manakala peguam Rosal Azimin Ahmad mewakili tertuduh. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan