Bekas anggota polis edar dadar dihukum gantung

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rasa kecewa dan hiba jelas terbayang di wajah seorang bekas anggota polis apabila tiada seorang pun anggota keluarganya hadir di Mahkamah Tinggi di sini bagi memberi sokongan moral kepadanya ketika dia dijatuhi hukuman gantung kerana didapati bersalah mengedar dadah empat tahun lepas.

R. Perumal, 47, bekas konstabel di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang sebelum dibuang kerja pada 1994, hanya memandang sayu ke arah galeri awam sebelum hukuman dijatuhkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah.

Dia didakwa mengedar 51.9 gram dadah jenis monoacetymophine di hadapan pondok pengawal Kondominium Kenanga Point, Jalan Gelugor off Jalan San Peng di sini pada 8 malam 1 Julai 2005.

Dalam penghakimannya, Azman berkata Perumal dan seorang saksi pembelaan, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Tangan mahkamah terikat kerana di bawah peruntukan Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, hanya satu hukuman sahaja iaitu hukuman mati jika disabitkan dengan kesalahan tersebut.

"Saya menyabitkan kamu dengan pertuduhan ini dan dengan ini kamu akan dihukum gantung sampai mati," kata Azman.

Semasa rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, peguam yang mewakili Perumal, N. Subramaniyan, berkata tertuduh telah bertugas bersama pasukan polis sejak 1982 dan dibuang kerja kerana disyaki terlibat dengan satu kes rasuah pada 1994.

Beliau berkata Perumal mempunyai tiga orang anak berusia 16 hingga 20 tahun dan telah bekerja sebagai pengajar di sebuah sekolah memandu selepas dibuang kerja.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan