Penjara dua tahun akibat simbah minyak tar panas

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang lelaki berusia 68 tahun dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini kerana menyimbah minyak tar panas terhadap dua lelaki di Ladang Teh Boh, Cameron Highlands 13 tahun lepas.

Panel tiga orang hakim terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdul Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie, membuat keputusan itu setelah menolak rayuan P.Palaniappan terhadap sabit kesalahannya dan mengurangkan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen terhadapnya daripada lima tahun kepada dua tahun.

"Kami sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan kesalahannya dan dengan itu, rayuan berkenaan ditolak. Kami mengekalkan hukuman penjara enam tahun bagi tuduhan pertama.

"Bagi tuduhan kedua pula, setelah mengambil kira usia tertuduh, kami membenarnya membuat rayuan terhadap hukuman berkenaan dan mengurangkan hukuman daripada lima tahun kepada dua tahun. Keduadua hukuman akan berjalan serentak," kata Hakim Md Raus dalam penghakiman beliau.

Palaniappan, pekerja pembinaan jalan, dituduh dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana menyebabkan kecederaan dengan menyimbah minyak tar panas terhadap V. Raman di Jalan Kuala Boh, Ladang Teh Boh, Ringlet, Cameron Highlands, pada 11.45 pagi 20 Sept, 1996.

Dia juga menghadapi tuduhan kedua mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman penjara lima tahun kerana menyebabkan kecederaan teruk terhadap Lu Tiang Hoon dengan menyimbah mangsa dengan minyak tar panas di tempat dan pada waktu yang sama.

Berdasarkan fakta kes, Lu sedang memandu sebuah Landrover bersama Raman apabila mereka ditahan tertuduh di satu tapak pembinaan di Jalan Kuala Boh.

Bagaimanapun, Lu berkeras untuk meneruskan perjalanan, tetapi dimaklumkan tertuduh bahawa dia perlu menunggu sejam sehingga kerja yang dijalankan di situ selesai.

Kemudian, Lu menolak dan memarahi Palaniappan, sebelum tertuduh mengambil sebaldi minyak tar panas dan menimpahnya pada lengan kanan, dada dan perut Lu.

Raman, yang berada berhampiran mereka, turut cedera.

Palaniappan diwakili peguam Karpal Singh dan Jagdeep Singh, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan