Pengarah Pertahanan Awam Kedah dituduh rasuah

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Mohamad Abdullah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan menyediakan dokumen mengandungi butiran palsu pada 2005.

Mohamad, 49, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norsharidah Awang ketika pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fieza Fazlin Fandi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Pertahanan Awam Negeri Kedah, Tingkat 6, Wisma Persekutuan di sini pada 26 Jun dan 28 Julai 2005.

Dalam pertuduhan pertama, Mohamad didakwa dengan sengaja memberikan dokumen pesanan kerajaan bertarikh 16 Feb 2005 kepada pembantu tadbirnya yang mengandungi butiran palsu memperakukan kontraktor pembekal makanan, Mohd Roshid Hussain kononnya menyediakan makanan untuk 70 orang sempena program Latihan Pertahanan Awam Unit Giat Mara Sungai Tiang di Pendang pada 17, 18, 19 dan 20 Mac 2005.

Dalam pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa memberikan dokumen bertarikh 7 Julai 2005 kepada orang yang sama serta mengandungi butiran palsu iaitu memperakukan kontraktor pembekal makanan yang sama menyediakan makanan untuk 80 orang bagi program Latihan Asas Insentif Unit Giat Mara Sungai Tiang, Pendang pada 19, 20 dan 21 Mei 2005.

Bagaimanapun kertas pertuduhan tidak menyebut jumlah tuntutan pembayaran yang dipalsukan itu.

Mohamad didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan