Suri rumah bunuh suami digantung mati

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dan sepupu lelakinya hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh suaminya lima tahun lepas.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan yang munasabah.

"Oleh itu kedua-dua kamu, Shamim Bano Mohammed Farooque dan Javeed Akhtar Abdul Waheed (sepupu lelaki), disabitkan atas pertuduhan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Oleh yang demikian kedua-dua kamu dengan ini dijatuhi hukuman mati di mana kamu akan digantung di leher sehingga mati," kata hakim itu.

Sebaik mendengar keputusan tersebut, Shamim, 41, tunduk dan menangis, manakala Javeed, 39, kelihatan sebak. Shamim dan Javeed, didakwa bersama-sama membunuh Reyaz Ahamed Maruf, 39, pengarah urusan sebuah syarikat kitar semula plastik, di rumah nombor 20, Jalan 4/12 G,Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi dekat sini, antara 10 malam 7 Nov dan 3 pagi 8 Nov 2004.

Laporan akhbar sebelum ini menyatakan Shamim dan Javeed dipercayai meletakkan ubat tidur dalam kari hidangan berbuka puasa Reyaz dan selepas dia tidak sedarkan diri, mereka dikatakan mencekik Reyaz sebelum mayatnya ditanam di belakang rumah pasangan suami isteri itu.

Sepanjang perbicaraan, seramai 16 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Pada 21 Nov, 2008, mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh itu, yang berasal dari India, untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Shamim, ibu kepada empat anak, yang memilih untuk memberi keterangan pembelaan dari kandang tertuduh pada 20 Mac lalu, memberitahu mahkamah suaminya telah dibunuh oleh Javeed bersama-sama rakan suaminya Ayub Khan serta seorang lagi lelaki.

Dia memberitahu mahkamah pada malam kejadian, dia terdengar bunyi kuat dari bilik tidur suaminya dan melihat tiga orang lelaki tersebut menutup mulut dan hidung si mati dengan plaster sebelum mencekiknya dengan wayar.

"Saya terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana Ayub Khan mengugut akan bunuh saya jika saya tolong suami," kata Shamim dalam keterangan pembelaannya.

Javeed dalam pembelaannya dari kandang saksi pada 22 April lepas pula berkata dia tidak mempunyai niat dan motif untuk membunuh Reyaz.

Katanya dia telah dihubungi oleh tertuduh pertama untuk membantunya menanam mayat Reyaz.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roshidah Abu Bakar manakala Shamim diwakili peguam bela Kartar Singh, dan Javeed diwakili J.Kuldeep Kumar. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan