Penolong pegawai penyiasat didakwa terima rasuah

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penolong pegawai penyiasat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah untuk menyelesaikan satu kes pecah amanah tahun lepas.

Sarjan Samsudin Abd Manap, 52, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields di sini didakwa telah meminta suapan wang tunai RM3,000 daripada Salwa Abu Zar.

Mengikut kertas pertuduhan, suapan itu ialah sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes pasangan adik-beradik Norsyahiza Abu Zar dan Ahmad Feysall yang disiasat atas kesalahan pecah amanah dan bersubahat di pasaraya Carrefour Sri Petaling di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Tingkat 4, Ibu Pejabat Polis Brickfields, pada pukul 3 petang, 11 Jan 2008.

Bagi pertuduhan kedua, Samsudin didakwa telah bersetuju untuk menerima wang tunai RM2,800 dari Salwa untuk menyelesaikan kes yang sama, di Kaunter No 5, Maybank Cawangan Kompleks Dayabumi, di alamat F126&27, Tingkat 1, Kompleks Dayabumi, di sini, pada pukul 11.44 pagi, 16 Jan 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala Samsudin diwakili peguam bela Azizul Shariman Mat Yusoff. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan