Lelaki dituduh bunuh anak perempuan dan sumbang mahram

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh seorang anak perempuannya dan melakukan sumbang mahram dengan seorang lagi anak perempuan bawah umur antara November 2004 dan Februari tahun ini.

Bagi tuduhan pertama, lelaki berusia 40 tahun itu, dari Bandar Baru Ayer Itam di sini, didakwa membunuh anaknya sendiri yang hanya dikenali sebagai Sarojini antara 7 pagi dan 7 petang pada 11 Nov 2004.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu kepada anaknya, yang kelahirannya tidak pernah didaftarkan, di sebuah rumah di Medan Angsana 1, Bandar Baru Ayer Itam pada tarikh berkenaan.

Bagi kesalahan itu dia didakwa menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh, yang memakai bajuT berwarna merah dan berseluar pendek biru gelap, kelihatan tidak berhenti mengangguk dan menggelengkan kepalanya seperti orang tidak siuman semasa dibawa ke kandang tertuduh dan tidak memberikan sebarang respon ketika pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu didakwa melakukan persetubuhan dengan anak gadisnya yang berusia 14 tahun di tandas lelaki di Tingkat 6, Kompleks Farlim, Ayer Itam di sini pada 12.30 tengah hari 7 Feb lepas.

Kesalahan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan rotan.

Prosiding terpaksa ditangguhkan beberapa kali berikutan kelakuan tertuduh yang pelik dan seolaholah tidak faham apa yang diperkatakan kepadanya.

Melihatkan kelakuannya itu, Majistret Noor Aini Yusof menegur tertuduh supaya tidak berlakon dan memberikan perhatian kepada prosiding itu tetapi ia tidak diendahkan.

Pada 2 Mei lepas, semasa dia dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan polis, lelaki itu dilihat berkeadaan normal dan sempat menutup muka dengan tangannya bagi mengelak jurugambar merakamkan wajahnya semasa diiringi polis.

Memandangkan tertuduh tidak memberikan respon terhadap keduadua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han memohon agar dia dihantar ke hospital mental untuk pemerhatian dan tidak dibenarkan diikat jamin.

Majistret kemudiannya membenarkan permohonan itu dan mengarahkan lelaki itu dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk pemerhatian selama sebulan dan menetapkan 12 Jun ini untuk sebutan semula kedua-dua kes itu.

Pada prosiding hari ini, tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan