Jangan pukul orang, pukul kompang ada faedahnya - Hakim

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Daripada pukul dan rompak orang lebih baik kamu pukul kompang kerana dapat duit terutama pada majlis perkahwinan, tetapi janganlah kamu pukul orang, tiada faedah," demikian nasihat Hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamarudin kepada seorang pemasang papan tanda.

Zainal berkata demikian selepas menjatuhkan hukuman kerja khidmat masyarakat selama 200 jam dan diletakkan pengawasan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat terhadap Rizwan Sulaiman, 23, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan memukul dan merompak sebuah telefon bimbit.

Zainal turut mengingatkan Rizwan: "Kalau awak bercampur dengan penjual minyak wangi, awak akan dapat wangian itu, tapi kalau awak bercampur dengan tukang besi, awak akan dapat percikan apinya.

"Saya berharap hukuman ini dapat menginsafkan kamu, dan ingatlah bahawa tangan yang kotor boleh dibersihkan dengan sabun, tetapi jika hati dan diri kita berdosa hendaklah bertaubat," tambahnya lagi.

Terdahulu itu, Rizwan didakwa memukul dan merompak sebuah telefon bimbit milik Abdul Hanan Khan Arshad Ahmad, 37, ketika mangsa sedang berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan restoran segera McDonald, Jalan Pahang, di sini, pada 4.50 pagi, 31 Ogos 2007.

Rizwan, yang dituduh bersamasama 25 orang lagi yang masih bebas, didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Zainal berharap Rizwan yang merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik, supaya lebih pandai memilih rakan agar tidak terpengaruh dan seterusnya terjebak dalam kegiatan jenayah seperti ini, kerana akan memusnahkan masa depan yang masih panjang.

Rizwan yang diwakili peguam bela Jefri Jaafar, kelihatan sugul dan hanya menundukkan mukanya ketika mendengar nasihat itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan