Penganggur miliki dadah dipenjara sembilan tahun, 10 sebatan

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Seorang penganggur dihukum penjara sembilan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi kesalahan memiliki dadah kira-kira tujuh tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Rahim Uda memerintahkan Mohd Rizi Che Salleh menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap 1 Mei, 2002.

Mohd Rizi, 28, sebelum ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengedar dadah tetapi pertuduhan itu dipinda kepada memiliki dadah berikutan representasi kepada Pejabat Peguam Negara.

Dia dituduh memiliki sejumlah 991.7gram dadah jenis kanabis di kawasan rehat tol Juru, Bukit Mertajam pada 4.30 petang, 1 Mei 2002.

Peguam Simon Murali yang mewakili Mohd Rizi, berkata pertuduhan itu dipinda atas alasan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh, telah terlalu lama berada dalam penjara iaitu sejak berumur 21 tahun dan juga bagi berkelakuan baik dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Katanya Mohd Rizi juga merupakan anak sulung daripada lapan beradik dan daripada keluarga yang miskin.

Hakim Abdul Rahim semasa menjatuhkan hukuman itu menasihatkan Mohd Rizi agar melakukan pekerjaan yang dapat memberikan rezeki halal untuk menyara keluarga apabila dibebaskan nanti.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Umma Devi Loganathan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan