Pengusaha kuari mengaku tidak bersalah beri rasuah RM5,000 - Berita Mahkamah | mStar

Pengusaha kuari mengaku tidak bersalah beri rasuah RM5,000

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengusaha kuari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas tuduhan memberi rasuah RM5,000 kepada seorang penolong pegawai penguatkuasa Pejabat Daerah Hulu Langat bulan lepas.

Lee Kui Sun, 47, didakwa memberi rasuah itu kepada Nor Zaidi Ratiman, 31, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana menjalankan aktiviti mengeluar, memindah dan menjual bahan batuan pasir secara haram.

Lee didakwa melakukan kesalahan itu di Kuari Sungai Long, Mukim Hulu Langat, Selangor, pada pukul 7.30 pagi, 3 April lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda lima kali ganda daripada nilai suapan.

Hakim Azwarnida Affandi membenarkan Lee diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Fieza Fazlin Fendi dari SPRM. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan