Lima peguam yang ditahan semalam dibebaskan polis

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua lima orang peguam yang ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields semalam kerana terlibat dalam satu perhimpuan haram dibebaskan tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kesemua mereka yang ditahan telah dibebaskan secara berperingkat sejak pagi tadi selepas diambil keterangan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata lima peguam itu merupakan antara 20 orang, iaitu 11 lelaki dan sembilan perempuan, yang ditahan polis semasa mengadakan upacara membakar lilin di hadapan IPD Brickfields pada pukul 9 malam tadi.

Namun, kesemua mereka dibebaskan secara berperingkat sejak malam semalam termasuk lima orang peguam itu, katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abu Samah Mat dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini berkata perhimpunan malam tadi dihadiri oleh kirakira 30 hingga 40 orang yang memakai pakaian hitam, dan mereka telah diarahkan bersurai oleh anggota polis yang bertugas tetapi enggan beredar.

"Setelah arahan bersurai sebanyak tiga kali tidak diendahkan, anggota polis melaksanakan tangkapan dan telah menahan 20 orang termasuk beberapa peguam dan wartawan," katanya.

Beliau berkata pihak polis ada menemui beberapa orang peguam untuk meminta penjelasan kehadiran mereka di situ namun peguampeguam tersebut tidak dapat memberikan penjelasan yang sewajarnya malah tidak mengetahui siapa anak guam mereka.

Abu Samah berkata proses tangkapan yang dibuat adalah mengikut prosedurprosedur yang ditetapkan malah pihak polis telah memberi layanan yang sewajarnya kepada mereka.

Kesemua mereka diambil tindakan mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 dan undangundang berkaitan.

Sementara itu, pagi ini, kirakira 200 orang peguam berkumpul di lobi kompleks mahkamah Jalan Duta selam satu setengah jam bagi membantah penangkapan lima peguam bantuan perundangan itu.

Kumpulan itu yang mula berkumpul pada pukul 10 pagi bersurai kira-kira 11.30 pagi selepas Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan mengumumkan bahawa kelimalima mereka tidak akan dibawa ke mahkamah tetapi sebaliknya akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Kira-kira 30 anggota polis ditempatkan di lokasi berkenaan bagi memantau situasi berkenaan.

Ragunath kemudian memberitahu pemberita bahawa Majlis Peguam akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 15 Mei bagi membincangkan perkara itu.

Lima peguam yang ditahan itu adalah daripada bantuan perundangan Kuala Lumpur dan mereka adalah pengerusinya Ravinder Singh Dhalliwal, Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman dan Murnie Hidayah Anuar. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan