Mahkamah tolak rayuan Utayakumar - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah tolak rayuan Utayakumar

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak rayuan penasihat undangundang kumpulan haram Hindraf, P. Uthayakumar, agar pertuduhan mengikut Akta Hasutan digugurkan.

Hakim Sabariah Othman membuat keputusan untuk mengekalkan pertuduhan itu setelah berpuas hati dengan segala afidavit dan hujahan yang dikemukakan.

Katanya pihak pembelaan gagal menunjukkan bahawa surat izin yang dikeluarkan oleh Peguam Negara dibuat berdasarkan prasangka atau prejudis.

Sebaliknya pihak pendakwaan telah mengemukan afidavit balasan mengikut undangundang yang betul dan tidak wujud maksud sebaliknya.

Hakim Sabariah kemudian menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 3 Ogos ini.

Pada 11 Disember 2007, Uthayakumar, 46, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerbitkan satu surat berunsur hasutan di laman web, Police Watch Malaysia.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau keduaduanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran manakala Uthayakumar diwakili N Surendren. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan