Bekas ketua penolong pengarah didakwa terima deposit tunai RM100,000

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua penolong pengarah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan menerima deposit wang tunai berjumlah RM100,000 kira-kira setahun yang lalu.

Aw Joon Ching, 50, ketika kejadian bertugas di Unit Kejuruteraan Sruktur, Cawangan Pelaksanaan dan penyelenggaraan projek didakwa menerima deposit wang tunai sebanyak RM100,000 daripada Pengarah Syarikat XCN Technology Sdn Bhd Caleb Khoo Nee Sien.

Menurut kertas pertuduhan, Aw yang memperoleh deposit tersebut melalui akaun adik ipar perempuannya Tan Yee Pik, 41, sebenarnya mengetahui Caleb ada kaitan dengan projek pembinaan insinerator yang diselia olehnya (Aw) di Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi.

Aw yang kini telah ditukarkan ke jabatan lain (Jabatan Kerja Raya) didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Malayan Banking Berhad Cawangan Bangsar Baru, 66, 68&70, Jalan Maarof, Bangsar Baru antara 8 Mei 2008 dan 30 Jun 2008.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Nazran Mohd Sham kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 10 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Iznina Hanim Hashim manakala Aw diwakili peguambela Yusof Khan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan