29 Mei keputusan permohonan MB Pahang tangguh bayar RM63juta

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 29 Mei ini bagi keputusan permohonan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob untuk penangguhan keputusan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana didakwa melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Pekan dekat sini.

Hakim Datuk V.T Singham menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Datuk Mohammad Shafee Abdullah bersama Penasihat Undangundang Kerajaan Pahang, Datuk Mat Zara'Ai Alias yang mewakili Menteri Besar, dan Karpal Singh serta Rajoo D. Moothy yang mewakili syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd.

Syarikat terbabit juga tidak membuat bantahan pelaksanaan perintah mandamus yang sepatutnya telah berakhir pada 4 Mei lepas ditangguhkan.

Sebelum itu, Mohammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa berlaku kekeliruan dalam tuntutan saman syarikat itu yang mendakwa terpaksa menanggung kerugian selepas berlaku pencerobohan oleh pihak ketiga di baki kawasan tanah seluas 1,200 hektar kerana pelan konsesi yang diguna pakai dalam membuat tuntutan itu berbeza dengan pelan yang diluluskan oleh Exco Kerajaan Negeri Pahang pada April 2000.

Katanya tanah seluas 1,200 hektar itu sebenarnya merupakan hutan dara dan tidak termasuk dalam perjanjian konsesi itu.

Pihak kerajaan negeri telah memfailkan saman sivil terhadap syarikat terbabit pada tahun lepas kerana terdapat elemen penipuan dan sumpah bohong dalam tuntutan berkenaan.

Selain itu, beliau berkata latar belakang syarikat terbabit yang meragukan dengan modal berbayar hanya RM100 mampu membuatkan syarikat terbabit mendapat "durian runtuh" melalui bayaran penghakiman berkenaan.

"Duit rakyat perlu digunakan dengan bertanggungjawab untuk pembangunan dan kepentingan rakyat," kata Mohammad Shafee.

Karpal dalam hujahnya berkata apa yang dibangkitkan oleh pihak Menteri Besar itu tidak releven kerana ia sepatutnya dibangkitkan sebelum Mahkamah Tinggi Kuantan membuat keputusan memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 pada 25 Mei 2007.

Katanya bayaran penghakiman tersebut perlu dijelaskan demi kepentingan pembayar cukai kerana faedah yang perlu dibayar mencecah RM8,000 sehari.

Pada 20 April lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman memutuskan bahawa Menteri Besar perlu melunaskan bayaran penghakiman dalam tempoh 14 hari selepas membenarkan permohonan perintah mandamus kepada syarikat pembalakan tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan