Kerajaan P.Pinang akan bayar RM14 juta berhubung komplot tanah

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mendepositkan RM14 juta kepada Mahkamah Tinggi di sini berhubung perjanjian tanah seluas 4.3hektar, bagi mengelakkan tindakan menghina mahkamah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Mahkamah Tinggi telah mengarahkan kerajaan negeri untuk berbuat demikian dan jika gagal, pemohon (pemilik tanah Tan Hak Ju) boleh mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri kerana menghina mahkamah.

Walaupun kes itu masih belum selesai di Mahkamah Rayuan, pada 19 Feb, Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah supaya deposit itu dibayar kepada mahkamah, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

RM14 juta itu adalah sebahagian pampasan berjumlah RM29 juta seperti yang diarahkan Mahkamah Tinggi kepada kerajaan negeri untuk dibayar kepada Tan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan