Wanita dibenar cabar rampasan CD guna 'Allah'

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita beragama Kristian mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri merampas lapan CD ajaran agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah".

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman mengeluarkan perintah itu kepada Jill Ireland Lawrence Bill, 27, yang berasal dari Sarawk, untuk memulakan prosiding di mahkamah bagi mendapatkan tiga relif iaitu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan kementeriaan merampas CD berkenaan, perintah mandamus bagi mengarahkan kementerian memulakangkan CD itu kepadanya, dan perintah bahawa dia berhak menyimpan, mengguna dan mengimport bahan penerbitan mengandungi perkataan "Allah".

Beliau mengeluarkan perintah itu dalam kamar selepas mendengar hujah peguam yang mewakili wanita itu, Annou Xavier dan Henry Teh, dan Peguam Kanan Persekutuan, Suzanna Atan, yang mewakili kementerian dan kerajaan, yang dinamakan sebagai responden.

Kesemua CD itu dirampas pada 11 Mei tahun lepas semasa Jill tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Antara tajuk-tajuk CD berkenaan ialah "Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah, Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah and Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah". Ia dibawa masuk dari Indonesia.

Jill, seorang kerani, mendakwa dia menggunakan "Allah" dalam amalan dan pendidikan agamanya dengan menggunakan Bahasa Malaysia, dan juga ALKITAB dalam Bahasa Indonesia yang menggunakan perkataan "Allah".

Katanya beliau menerima surat bertarikh 7 Julai tahun lepas dari Kementerian Dalam Negeri yang menjelaskan bahawa rampasan itu dibuat kerana CD itu mengancam keselamatan, mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang dan melanggar garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan