Bapa, anak disambung reman

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Seorang bapa dan anak remaja lelakinya yang ditahan sebelum ini, disambung reman selama seminggu lagi mulai hari ini.

Bapa tersebut sedang disiasat berhubung kes mendera, membunuh dan menanam mayat anak perempuannya yang berusia 7 tahun di kawasan padang di Kampung Pisang, Air Itam di sini, yang dilaporkan berlaku pada 2006.

Lelaki itu yang tidak mempunyai pekerjaan juga dituduh mencabul tiga anak perempuannya yang lain.

Anak lelakinya itu yang bekerja sebagai buruh dipercayai membantunya membawa mayat mangsa untuk ditanam. Dia ditahan semalam.

"Dua anak-beranak berusia 41 tahun dan 16 tahun ini direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Polis sedang menjalankan siasat lanjut bagi melengkapkan siasatan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC II Wan Abdullah Tuanku Said.

Lelaki tersebut direman sejak Isnin lepas, tetapi dibebaskan semalam.

Dua orang isteri lelaki tersebut yang berusia 31 dan 37 tahun juga telah direman bagi membantu siasatan.

Kes bunuh kanak-kanak perempuan yang cacat itu terbongkar apabila polis menerima aduan daripada sebuah gereja mengenai penderaan yang berlaku ke atas anak-anak perempuan lelaki berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan