Mahkamah Rayuan beri perintah penggantungan terhadap isu patung Ma Tzu

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengeluarkan perintah penggantungan prosiding saman sivil yang difailkan oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat terhadap kerajaan Sabah berikutan pembatalan kelulusan pembinaan patung Buddha Ma Tzu di Kudat, dua tahun lepas.

Panel hakim Datuk Abdull Hamid Embong, Datuk Hassan Lah dan Datuk Abdul Malik Ishak membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili defendan termasuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan peguam Ansari Abdullah bagi Chong, selaku responden.

Berikutan perintah tersebut, perbicaraan yang bermula 12 Januari lepas dan disambung Isnin ini, ditangguhkan sehingga rayuan pihak defendan (pemohon) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan permohonan menolak saman Chong didengar.

Pada 6 Februari tahun lepas, Chong, yang juga pengerusi Yayasan Kebajikan Thean Hou, Kudat, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dengan menamakan Musa sebagai defendan pertama, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk K.Y. Mustafa sebagai defendan kedua.

Beliau juga menamakan bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Ujang Sulani sebagai defendan ketiga dan Lembaga Perbandaran Kudat sebagai defendan keempat.

Pada 21 April lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak defendan untuk membatalkan saman itu serta permohonan memperoleh perintah penggantungan prosiding sementara menunggu rayuan didengar.

Chong mendakwa setiausaha eksekutif Lembaga Perbandaran Kudat telah mengeluarkan sepucuk surat kepadanya pada 25 Mei 2006 dengan mengarahkan supaya kerja-kerja membina patung itu diberhentikan sementara menunggu kelulusan dan arahan selanjutnya dari Musa.

Chong, 61, mendakwa surat itu menyatakan perintah menghentikan kerja itu adalah atas alasan bahawa tapak projek itu berdekatan dengan masjid Asy-Syarikin di Kudat dan pelbagai pihak telah membantah pembinaan patung itu di situ.

Beliau mendakwa pada 23 Jun 2006, K.Y. Mustafa mengeluarkan arahan yang sama dan meminta pihak terbabit mengambil tindakan selanjutnya.

Chong mendakwa tindakan Musa itu adalah berunsur 'mala fide' (niat jahat) dengan memberi arahan dan perintah kepada defendan lain dan dia telah menyalahgunakan kuasa sebagai Ketua Menteri dan atau 'ultra vires' (bertindak di luar kuasa) Ordinan Kerajaan Tempatan dan Ordinan Perancangan Bandar.

Beliau juga menuntut mahkamah antara lain mengisytiharkan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh mufti negeri, yang melarang pembinaan patung itu kerana bercanggah dengan ajaran Islam, tidak berperlembagaan kerana melanggar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan