Chin Ping gagal dalam usaha terakhir masuki Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas pemimpin komunis Chin Peng hari ini gagal dalam usaha terakhir untuk menetap di Malaysia selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan dua mahkamah rendah yang memaksanya menunjukkan dokumen pengenalan sebelum dibenarkan memasuki negara ini.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk S. Augustine Paul, yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin Peng memohon kebenaran untuk rayuan.

Chin Peng, atau nama sebenar Ong Boon Hua, membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Jun 2008 yang memutuskan bahawa dia perlu mengemukakan sijil kelahiran atau kewarganegaraan bagi membuktikan dia adalah rakyat Malaysia sebelum meneruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak dalam keputusannya berkata dokumen itu penting untuk menentukan status Chin Peng memandangkan Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat menemui sebarang rekod kelahiran Chin Peng.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa tindakan Mahkamah Tinggi adalah betul untuk memaksa Chin Peng yang berumur 85 tahun untuk mengemukakan sijil kelahiran dan kewarganegaraannya bagi membuktikan bahawa dia adalah warganegara Malaysia sebelum membenarkannya meneruskan permohonan bagi mendapat pengisytiharan bahawa dia boleh menetap di negara ini.

Usaha pertama Chin Peng untuk mendapat pengisytiharan itu ditolak apabila Mahkamah Tinggi menolak saman pemula selepas dia gagal mematuhi peraturan mahkamah untuk mengemukakan sijil kelahiran dan kertas kewarganegaraan.

Dalam prosiding hari ini, peguam Chin Peng, Raja Aziz Addruse menegaskan bahawa bukti kewarganegaraan tidak diperlukan bagi pemohon untuk menunaikan haknya memasuki Malaysia kerana ia juga boleh dibuktikan dengan memanggil adik atau gurunya untuk memberi keterangan.

Katanya, mengikut klausa 3(1) perjanjian damai antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (CPM) bertarikh 2 Dis, 1989, anggotaanggota CPM yang berasal dari Malaysia dan ingin menetap di Malaysia perlu dibenarkan berbuat demikian mengikut undang-undang.

"Mahkamah perlu meneliti apa makna "asal Malaysia". Adalah menjadi tugas mahkamah ini untuk menterjemah perjanjian antarabangsa," kata Raja Aziz.

Pada 4 Mac, 2005, Chin Peng mengemukakan saman pemula bagi mendapat pengisytiharan untuk dibenarkan memasuki dan menetap di Malaysia dan menamakan kerajaan, Menteri Dalam negeri, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sebagai defendan.

Chin Peng, yang kini tinggal di Thailand, mendakwa beliau berhak balik ke Malaysia kerana dia berasal dari Malaysia sejak dilahirkan pada 20 Okt, 1923 di Sitiawan, Dinding, Perak dan dibesarkan di Malaysia.

Dia mendakwa kelahirannya didaftarkan dan juga memiliki salinan asal sijil itu.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili para defendan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan