6 Mei untuk dengar permohonan MB Pahang tangguh bayar RM63 juta

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 Mei ini bagi mendengar permohonan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob untuk penangguhan keputusan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana didakwa melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Pekan dekat sini.

Hakim Datuk V.T Singham menetapkan tarikh itu selepas mahkamah diberitahu bahawa peguam utama Menteri Besar, Datuk Mohammad Shafee Abdullah, terlibat dalam kes lain di Mahkamah Rayuan.

Syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang diwakili peguam Rajoo D. Moothy tidak membuat bantahan pelaksanaan perintah mandamus yang sepatutnya berakhir 4 Mei ini ditangguhkan.

Pada 20 April lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman memutuskan bahawa Adnan perlu melunaskan bayaran penghakiman dalam tempoh 14 hari selepas membenarkan permohonan perintah 'mandamus' (untuk memaksa) kepada syarikat pembalakan tersebut.

Pada 17 Sept tahun lepas, kerajaan Pahang diperintah membayar RM60 juta kepada syarikat itu selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu.

Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan