Juruaudit didakwa subahat beri kenyataan mengelirukan

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang juruaudit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan bersubahat dengan sebuah syarikat pembinaan untuk memberi pernyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad pada 2004.

Yue Chi Kin, 41, didakwa bersubahat dengan Syarikat United ULi Corporation Berhad dengan memberi pernyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad berhubung laporan tahunan dan penyata kewangan tahunan (bagi tahun berakhir 2004) syarikat tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur, pada 28 April 2005.

Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin manakala pasport antarabangsa Yue hendaklah diserahkan kepada mahkamah.

Rosbiahanin turut menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti, Chong Loong Man manakala Yue diwakili peguam bela S.C. Chan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan