Mahkamah benarkan semakan kehakiman batal perintah pembangunan - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah benarkan semakan kehakiman batal perintah pembangunan

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada 108 penduduk Bukit Gasing untuk semakan kehakiman bagi pembatalan perintah pembangunan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung projek pembangunan banglo di lereng Bukit Gasing.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu di kamarnya semalam.

Peguam R.Sivarasa, yang mewakili penduduk berkenaan, memberitahu media bahawa Hakim Lau membenarkan permohonan itu selepas mendapati ia melibatkan kes penting yang perlu dibicarakan di mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Mei bagi sebutan kes untuk membolehkan pihakpihak terlibat menerima arahan seterusnya daripada mahkamah.

Penduduk berkenaan memohon kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap perintah datuk bandar KL bertarikh 2 Oktober, 2008, dikeluarkan kepada pemaju, Gasing Meridian Sdn Bhd (GMSB) membenarkan mereka (GMSB) menjalankan kerjakerja pembersihan tanah dan pembahagian kawasan di tanah berkenaan.

GMSB, adalah pemaju pembangunan 'Sanctuary Ridge' Bandaraya Kuala Lumpur satu projek membina 68 unit banglo di kawasan seluas 15.5ha di Bukit Gasing.

Pada 18 Mac, 2008, Mahkamah Tinggi juga membenarkan permohonan untuk semakan kehakiman kepada penduduk itu, memberikan mereka hak melahirkan pandangan berat mereka terhadap sebuah projek pembangunan di kawasan itu. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan