Mahkamah beri kebenaran semak perkataan Allah dalam Herald

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Biskop Gereja Katolik Kuala Lumpur diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk memohon membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald Catholic Weekly.

Ketua Biskop Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam juga diberi kebenaran untuk memohon mendapatkan sembilan deklarasi termasuk mengisytiharkan bahawa keputusan KDN dan kerajaan adalah tidak sah dan di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Peguamnya S. Selvarajah memberitahu pemberita di sini bahawa Hakim Lau Bee Lan memberi kebenaran tersebut di kamar mengikut Perintah 53 Peraturan-Peraturan Mahkamah Tinggi.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang bertindak bagi pihak responden iaitu KDN dan kerajaan Malaysia tidak membantah kebenaran permohonan tersebut.

Lau juga menetapkan 28 Mei ini untuk mendengar permohonan menangguhkan keputusan larangan KDN itu.

Pada 16 Februari lepas, Murphy, sebagai penerbit Herald, memfailkan permohonan semakan kehakiman (undang-undang) bagi membatalkan keputusan responden bertarikh 7 Jan 2009 dan permit penerbitan pemohon bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009 tertakluk kepada syarat bahawa beliau dilarang menggunakan perkataan Allah dalam Herald.

Tujuh deklarasi lain yang dituntut ialah:

1. Pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam Herald dalam melaksanakan haknya bahawa agama lain selain agama Islam mungkin mengamalkan ajaran agama secara aman.

2. Bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan Allah dalam Herald.

3. Bahawa pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan itu dalam menunaikan haknya kepada kebebasan bersuara dan meluangkan pandangan.

4. Bahawa pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam Herald dengan melaksanakan hak kebebasan beragama termasuk hak mengurus hal ehwal agama sendiri.

5. Bahawa pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam Herald dengan melaksanakan haknya berkaitan pendidikan penganut Katolik dalam agama Kristian.

6. Bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan Allah dalam Herald.

7. Bahawa perkataan Allah bukan eksklusif kepada agama Islam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan