Nizar: Permohonan Zambry tidak boleh lerai kebuntuhan politik Perak

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan bantahan terhadap permohonan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan berhubung peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan seterusnya mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar membuat bantahan tersebut melalui satu afidavit jawapan yang difailkannya di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.

Mengikut afidavit jawapan itu, Nizar antaranya memberi alasan bahawa persoalan yang dicadangkan oleh Zambry untuk diputuskan Mahkamah Persekutuan tidak dapat meleraikan kebuntuan politik.

Beliau berkata isu, sama ada jawatan Menteri Besar Negeri Perak boleh dan/atau telah dikosongkan dalam keadaan Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri itu dalam beberapa keadaan termasuk tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Perak masih tidak dapat dijawab.

Katanya persoalan-persoalan yang telah dicadangkan oleh Zambry untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan adalah tidak relevan kepada Permohonan Semakan Kehakimannya (Nizar) dan ia tidak akan dapat memutuskan pertikaian isu-isu dalam permohonan itu (semakan kehakiman).

Nizar turut mencabar kesahihan Fasal 63 Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang digunakan untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar Permohonan Fasal 63 kerana istilah "Mahkamah Agung" dalam Fasal 63 itu tidak merujuk kepada Mahkamah Tertinggi di Persekutuan Tanah Melayu kerana Mahkamah Tertinggi pada ketika itu adalah Privy Council.

Nizar berkata, beliau tidak menyoal perogatif Sultan Perak yang termaktub dalam Fasal 16(2) dan/atau Fasal 36(2) itu.

Katanya, perogatif Sultan Perak tidak timbul langsung dalam permohonan semakan kehakimannya.

Zambry telah mengemukakan permohonan untuk merujuk tiga persoalan undang-undang berkenaan dengan interpretasi Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) menurut Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.

Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu.

Nizar telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar memberi alasan bahawa mengikut perlembagaan negeri Perak, beliau adalah Menteri Besar yang sah kerana beliau telah menasihati Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri, tidak meletak jawatan dan tidak wujud usul tidak percaya diluluskan terhadapnya di dewan berkenaan.

Pendengaran semakan kehakiman itu akan didengar oleh Mahkamah Tinggi pada 5 dan 6 Mei ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan