Mahkamah benar Peguam Negara jadi pencelah dalam kes saman Nizar

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencelah dalam prosiding kes saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam penghakiman lisannya berkata Peguam Negara sebagai pelindung kepentingan awam harus dibenarkan menjadi pencelah dalam prosiding yang mempunyai kepentingan orang ramai.

Beliau turut berkata isu dalam kes tersebut membabitkan tafsiran Perkara 16 UndangUndang Tubuh Negeri Perak yang sama dengan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan.

"Sudah tentu mahkamah boleh mempelawa Peguam Negara sebagai sahabat mahkamah tetapi selepas mempertimbangkan isu utama di sini, saya berpendapat untuk membenarkan Peguam Negara mencelah dan membantu mahkamah.

"Lebih-lebih lagi, isu ini adalah sesuatu yang mempunyai ciri-ciri sejarah. "Seorang Menteri Besar dilantik dan seorang lagi tidak meletakkan jawatan," kata Abdul Aziz yang merupakan hakim ketiga mendengar permohonan itu selepas Mahkamah Persekutuan merujuk kes itu semula ke Mahkamah Tinggi.

Hakim pertama adalah Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof, yang menarik diri manakala hakim kedua, Lau Bee Lan, telah merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan untuk menentukan isu-isu berperlembagaan.

Terdahulu itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said berhujah bahawa permohonan Peguam Negara itu harus dibenarkan bagi semakan kehakiman yang memerlukan tafsiran Perlembagaan Perak serta memberi kesan kepada perlembagaan negeri lain yang mempunyai peruntukan sama dengan negeri Perak.

Beliau berkata demikian ketika membacakan afidavit yang diikrarkan oleh Abdul Gani.

Permohonan itu dibantah oleh peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, atas alasan bahawa Peguam Negara gagal menunjukkan sebarang keperluan untuk dia mencelah dalam prosiding itu.

"Ini adalah soal negeri Perak. Situasi sebenar di sini adalah bahawa keduadua pemohon (Mohammad Nizar) dan responden (Zambry) mendakwa sebagai Menteri Besar. Ini tidak ada pembabitan langsung dengan kerajaan Persekutuan dalam isu ini dan kepentingan mereka tidak terjejas," katanya.

Hakim Abdul Aziz menetapkan 4 Mei ini bagi mendengar permohonan Mohammad Nizar bagi memeriksa balas kenyataan Penasihat Undang-Undang Perak Datuk Kamal Md Shahid yang mendakwa dia (Mohammad Nizar) tidak konsisten dengan afidavit yang dikemukakan dalam saman itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan