Tindakan Adnan enggan bayar RM63 juta langgar perintah mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tindakan kerajaan negeri Pahang yang enggan membayar ganti rugi berjumlah RM63 juta kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) melanggar perintah mahkamah.

Pengarah Urusan SGMSB, Saiyeed Ali Al-Habsyee berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai defendan sepatutnya patuh kepada perintah mandamus oleh Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan pembayaran itu dalam tempoh 14 hari.

"Perintah itu tidak memberi sebarang jaminan keistimewaan kepada kerajaan negeri untuk menunda pembayaran ganti rugi tersebut.

"Menteri Besar mendakwa yang kerajaan negeri mempunyai bukti baru untuk memfailkan permohonan baru bagi membantah perintah itu.

"Sebetulnya, Adnan perlu membayar terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan rayuan atau sebarang tindakan yang diperuntukkan dalam undang-undang," katanya kepada media di bangunan mahkamah di sini, hari ini.

Semalam, Adnan berkata, kerajaan negeri telah menemui bukti baru melibatkan sumpah bohong, penipuan, pemalsuan dan konflik kepentingan yang tidak dibangkitkan semasa kes itu dikemukakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Saiyeed Ali berkata, beliau turut berada di mahkamah semalam bagi menyaksikan permohonan untuk meneruskan pelaksanaan itu yang difailkan penasihat undang-undang negeri, Datuk Zara'ai Alias.

Katanya, beliau akan mendapatkan khidmat peguam terkenal, Karpal Singh untuk melawan kes itu di mahkamah terbuka.

"Saya percaya, jika kerajaan negeri gagal untuk mematuhi perintah itu, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap," katanya sambil menambah, beliau berharap Adnan tidak membantah perintah mahkamah itu bagi mengelakkan bunga kompaun yang lebih tinggi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuantan mengarahkan Adnan untuk menyelesaikan bayaran RM63 juta kepada SGMSB dalam tempoh 14 hari kerana melanggar kontrak perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan pada 2000.

SGMSB memfailkan saman itu terhadap kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri pada 9 Disember 2002 kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

Mahkamah pada 25 Mei 2007 memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 berserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.

Kerajaan negeri bagaimanapun membuat rayuan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Rayuan tetapi ditolak awal tahun lalu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan